Tol akan dihapuskan, tapi ambil masa – Baru Bian

Kerajaan Pakatan Harapan akan melunaskan janji bagi menghapuskan kutipan tol, walau bagaimana rakyat perlu bersabar, ujar Menteri Kerja Raya Baru Bian kepada The Star. “Kita bekerja keras untuk menunaikan janji dalam manifesto PRU14. Apa yang kita janjikan, akan kita tunaikan,” ujarnya.

Menteri Kerja Raya tersebut turut berkata banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kutipan tol dapat dihapuskan. “Kita tak boleh tergesa-gesa dalam soal itu,” tambahnya, sambil berkata parti pemerintah yang baru dipilih akan melakukan perkara dengan cara yang betul. “Apa yang penting adalah hasrat kami untuk menunaikan janji-janji itu. Saya minta agar rakyat terus bersabar,” kata Baru lagi.

Dalam manifesto PRU14, kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan menghapuskan tol secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang, dan sekiranya kerajaan mengambil alijk semula obligasi hutang pengendali tol, ia perlu membayar lebih kurang RM55 bilion, tidak termasuk pampasan. Dalam laporan berasingan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, janji untuk menghapuskan tol akan dinilai sekali lagi berdasarkan keadaan kewangan negara.

Sumber : Paultan.org

Related Posts